dear amin;

"taubat itu limit masanya mati. dan mati, tarikhnya misteri".

Wednesday, March 2, 2016

gibran/gubran dan metafora proses hidup.

ahad malam, aku buat borak borak tentang The Prophet : Kahlil Gibran. borak borak yang ringan. sangat ringan. lebih ringan daripada total berat bukunya. tetapi buku buku nipis ini bukan sekadar nipis. nipis nipis buku ini, ideologi, falsafah dan cantiknya bahasa (susastera) di dalamnya, telah membuat buku ini diharamkan di malaysia.

dalam the prophet, susunan tajuk menjadi entiti sakral untuk memahami makna buku ini secara total. gibran menyusun the prophet bermula dengan the coming of the ship dan kemudian love, marriage, childern dan seterusnya. gibran menamatkan karya ini dengan death dan akhir sekali, farewell.

watak almustafa adalah metafora kehidupan sebagai manusia. di dunia. kehadiran almustafa ke orphalese tidak diceritakan bagaimana, bila dan dari mana. tetapi setelah tinggal di orphalese untuk beberapa tahun, almustafa ingin kembali ke tempat asalnya.

puisi yang paling aku gemar adalah tentang anak/children. mungkin kerana dunia aku sekarang berlegar antara belajar, dan keluarga, terutamanya thoriq. mungkin makna tulisan dalan tentang anak itu suda biasa aku dengar sebagai seorang bapa, tetapi olahannya buat aku kagum.









akan kembali membaca the prophet

No comments:

the people