dear amin;

"taubat itu limit masanya mati. dan mati, tarikhnya misteri".

Friday, February 12, 2016

siri bercakap dengan amad



aku selalu terbayang, kalau aku menerima berita kematian orang yang rapat dengan aku, orang yang banyak tolong aku, orang yang tinggalkan kesan yang meresap, menjadi darah daging tulang belulang aku, aku akan sedih. aku meleleh.

adakah aku belum boleh terima fakta, mati itu kehidupan? sebahagian daripada hidup, adalah mati. kau tak boleh hidup, kalau kau tak akan mati. kau tak boleh mati, kalau kau tak pernah hidup. fakta ini, adakah belum benar benar diterima akal bawah sedar aku?

aku selalu tengok cara orang tua menerima perihal kematian, mereka tenang, kadang ada yang terdiam sekejap, dan teruskan hidup tanpa ada kesan pun dalam hidup mereka. ada juga yang melawakkan berita itu.

"dia kat kebun getah, terpijak apa entah, tahi musang kut, tergelincir, kiok, mati"

aku pelik, adakah kematian itu tak berupaya korek lubang simpati dan kesedaran dalam hati mereka? usia dan pengalaman menebalkan dinding rasa di hati dan di wajah? atau hanya aku yang berfikir depressingly tentang kematian. afterall, mati itu norma hidup bukan?

min, kalau kau tak pergi beli makanan aku malam ni, aku yang mati min.


aku rindu amad. tapi setiap kali pergi jenguk amad, amad taknak layan aku.

No comments:

the people