dear amin;

"taubat itu limit masanya mati. dan mati, tarikhnya misteri".

Tuesday, February 23, 2016

petang itu langit iskandariah tidak berapa sihat

mungkin emosi Mesir sedikit terganggu. dengan ura ura tentang bakal tercetus satu lagi revolusi rakyat yang mungkin lebih teruk daripada revolusi 25januari. mungkin lebih panjang. mungkin lebih berlumur darah dan peluh.

dan dengan hujan, suasana mesir itu menyejuk. hatinya tenang. dia ketemu ketenangan dalam renyai renyai hujan dan sayup sayup matahari. 

batata yang panas panas sedang keluar daripada ketuhar, siap untuk diratah, dikoyak badannya, terhasil pergelutan suhu kontra, menghasilkan wap yang asyik menari ke langit Alexandria. Sekeras keras batata, lembut juga setelah dihenyak haba. harmoninya Mesir dalam aspek kontra suasana, dan perselisihan gaya.

harmoni aku pula entah ke mana. hilang entah tidak dicari. lesap entah tak dijumpa.


*not mine

No comments:

the people