dear amin;

"taubat itu limit masanya mati. dan mati, tarikhnya misteri".

Thursday, February 11, 2016

perasaan marah yang ke delapan puluh juta kali

visa di mesir. mahu renew visa di mesir sama ada visa pelajar, visa spouse, atau visa anak, memang perlukan kesabaran yang cukup besar. bukan tinggi, tapi besar. gedabak. gedang. besar gila babi nak mampus! sebab deal dengan arab. bukan arab saja. ini arab kali lapan. sebab kena deal dengan arab dan birokrasi arab. memang mencirap.

kalau nak buat visa anak, sediakan salinan past visa anak, muka depan passport anak, passport ori anak salinan passport wakil penjaga, sijil lahir anak, salinan sijil lahir anak, duit kecil yang secukupnya (kalau boleh sedikan 1LE banyak banyak banyak banyaaaaaak), pen, gam, gambar anak, tasdiq kuliyah/surat daripada universiti.

DAN PASTIKAN TASDIQ DALAM BAHASA ARAB!

sebab aku baru lepas kena "tumbuk" dengan perangai arab yang gila hari ni. bertubi tubi. daripada arab yang main potong potong line ikut suka hati bapak dia, arab yang rasuah orang kerja situ just untuk dapat advantage untuk jumpa pegwai/cepat siap, arab yang tengah kerja tapi macam tak kerja sebab boleh makan, borak borak hisap rokok, dan arab yang babi yang maki aku suruh buat tasdiq kuliyah aku dalam bahasa arab sambil berkata "arabic is our language"

aku bukan ethnocentric sangat. atau merendahkan budaya dan bahasa orang sangat. tapi masaalahnya itu adalah surat official university. yang memang biasanya sebelum ni aku guna surat tu untuk buat urusan rasmi termasuklah nak buat visa, nak lahirkan anak, nak daftar anak, dan macam macam urusan lagi.

selain dokumen dokumen, perlu bawa hati yang tenang, jiwa yang sabar, rokok kalau kau merokok, dan member. sebab kau boleh melepaskan geram sambil maki maki arab dengan member kau.

kalau sesat di iskandariah, tanyakan di mana Mahattah Raml

No comments:

the people