dear amin;

"taubat itu limit masanya mati. dan mati, tarikhnya misteri".

Tuesday, April 10, 2018

rindu

not my picture
cantik matahari suam pagi ini
bersama suhu membangun tubuh menggigil lagi 
yang tadi lena dipeluk , 
akibat lesu panjangnya semalam

dan pagi ini segar, 
bugar bersama dua cawan kopi susu di genggam
kecamuk suhu berlaga dengan dingin musim bunga

segala apa yang berlaku di luar balkoni kecil kita 
menambah sulam dalam fabrik pagi
yang terbentang menghala 
jalan panjang buat hari ini

kota iskandariah tak pernah sepi
tidak pula pernah henti membuat rasa ternanti nanti
apa pula bakal terjadi
frasa hari sugul dan mandul tidak pernah beerti
kerana nanti, pasti,
akan muncul sesuatu yang menyeka hati,
mungkin juga momen tersenyum sendiri

genta angin bertingkah
menambah musik latar,
untuk satu orkestra yang bakal bermula
orkestra yang biarpun panjang, bakal bertemu penamat juga.  



Saturday, March 10, 2018

lima lipa




hospital adalah satu pusat pemulihan fisikal,
dan jiwa
dalam dan luar

realitinya hospital itu satu tempat yang muram
kusam
kegembiraan dan keceriaan tenggelam
dalam aura kematian yang suram

benarlah
di hospital itu penuh dengan lima perkara
sebelum lima perkara
orang muda juga yang tua
sibuknya doktor dan pekerja, juga lenggangnya yang tamat waktu kerja
yang miskin harta bercampur kaya
yang gering menanti sejahtera

tubuh keras kaku menghabis sakit derita
dan tinggallah mereka menangis kecewa bersulam redha.




*empat bulan setelah mulanya kehidupan seorang doktor di PPUKM, Cheras.










Wednesday, March 2, 2016

gibran/gubran dan metafora proses hidup.

ahad malam, aku buat borak borak tentang The Prophet : Kahlil Gibran. borak borak yang ringan. sangat ringan. lebih ringan daripada total berat bukunya. tetapi buku buku nipis ini bukan sekadar nipis. nipis nipis buku ini, ideologi, falsafah dan cantiknya bahasa (susastera) di dalamnya, telah membuat buku ini diharamkan di malaysia.

dalam the prophet, susunan tajuk menjadi entiti sakral untuk memahami makna buku ini secara total. gibran menyusun the prophet bermula dengan the coming of the ship dan kemudian love, marriage, childern dan seterusnya. gibran menamatkan karya ini dengan death dan akhir sekali, farewell.

watak almustafa adalah metafora kehidupan sebagai manusia. di dunia. kehadiran almustafa ke orphalese tidak diceritakan bagaimana, bila dan dari mana. tetapi setelah tinggal di orphalese untuk beberapa tahun, almustafa ingin kembali ke tempat asalnya.

puisi yang paling aku gemar adalah tentang anak/children. mungkin kerana dunia aku sekarang berlegar antara belajar, dan keluarga, terutamanya thoriq. mungkin makna tulisan dalan tentang anak itu suda biasa aku dengar sebagai seorang bapa, tetapi olahannya buat aku kagum.









akan kembali membaca the prophet

the people